»

Friday, September 16, 2011

Erti Kesetian


Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan.
 Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?
Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.
Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan…
Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
2j2hohs11 Fahami Erti Disebalik Kesetiaan
P/S: Pesanan dari Penjaga Cinta, hamparkanlah kesetiaan kamu seadanya kepada si dia, kamu tidak akan rugi walaupun sedikit kerana kesetiaan merupakan tiang percintaan..


Thursday, September 8, 2011

Kembali mengupdate blog!

Assalamualaikum..
Hai blog! sampai da berkarat kau aku xsentuh ye.. kesian kau an...huhu
maklum la da last sem ni bz mmg mengalah an perdana menteri larh an..
di kesempatan ni sy Siti Nuraishah Bt Rosli ingin mengucapakan selamat hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, sabtu dan Ahad... 
mane larh taw lepas ni da xdapat nak update blog lagi an.. kot2 larh umur xpanjang an.. 
Oppss...xlupa juga SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI Maaf zahir & Batin klau selama ni sy penah TERmenyakitkan hati ke, TERkasar bahasa ke, TERlajak kate, dan TERape2 je larh..
Hope maafkan salah silap sy kat kamu, kamu, kamu dan kamu selame ni ok? 0-0 larh ye..
ok larh..mungkin ary ni xde mud sangat kot nk update blog ceria mcm dulu2..  
pape pun maafkan salah silap sy dunia akhirat ye kawan-kawan.. klau sy ade TERmakan ke TERminum ke..halalkan larh semua nye.... salam ikhlas dari saya,