»

Friday, January 20, 2012

9 Punca Couple Tidak Mampu Bertahan


1. Menipu
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.


2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.




Si Dia Merajuk?



Bagaimana untuk memujuk? Apabila tahu si dia merajuk, anda perlu bijak mencari punca dan jangan biarkan perasaan itu terus parah.

1. Terangkan perkara sebenar. Lebih mudah berkata benar daripada berdusta. Ceritakan kepada si dia apa yang berlaku dan tanyakan punca dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda dan jangan berselindung.
Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar, ia dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat dan menyayangi dirinya.

2. Bertolak-ansur dan bijak membuat keputusan. Memang sukar bertolak-ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Jika dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, perlu bijak menggunakan cara tersendiri untuk memujuk hatinya.

3. Ucapkan kata-kata manis. Ketika si dia merajuk, cuba bergurau senda dengannya dengan menggelarkan dirinya “busuk”, “manja” dan seumpamanya. Selitkan juga ayat berbunga, indah dan menenangkan dalam perbualan.

4. Nyanyikan lagu. Cara ini paling sesuai digunakan tetapi mungkin tidak ramai yang sanggup melakukannya. Tidak pun, hantarkan seni kata lagu terutama lagu yang pernah menjadi kenangan indah berdua.
Si dia mungkin tersenyum dan ia pasti menggembirakan. =)

5. Bersyair atau berpuisi indah. Bagi yang mempunyai cita rasa seni, pujuk dengan syair atau sajak indah yang penuh dengan kata-kata puitis. Jika mampu, lagukan puisi indah itu untuk menghilangkan perasaan merajuknya itu.



10 tips untuk wanita memahami hati lelaki




1. Bila si dia sibuk
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya.. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.




4 perkara yang lelaki tidak suka wanita lakukan



Ada sesetengah perkara yang sebenarnya lelaki tidak suka apabila wanita cuba lakukan. Mungkin ia disampaikan secara kurang jelas yang membuatkan wanita merasakan bahawa ia adalah suatu perkara biasa. Berdasarkan survey yang telah dijalankan, rata-rata lelaki memberikan jawapan yang sama mengenaiperkara yang lelaki tidak suka. Adakah ia satu kebetulan ataupun mereka benar-benar memaksudkannya? Adakah ia berpunca daripada sifat semulajadi atau keegoan seorang lelaki? Anda boleh memberikan pandangan diruangan komen. Apa yang t5 ingin sampaikan dalam artikel ini adalah mengenai 5 perkara yang lelaki tidak suka wanita lakukan.
Memberitahu lelaki apa yang perlu dilakukan- Adakah anda sentiasa memberitahu pasangan anda cara memandu, cara berpakaian, bagaimana untuk bertindak, dan sebagainya. Tidak dinafikan wanita sememangnya lebih bijak membuat penambahbaikan, tetapi ia adalah suatu yang sangat sensitif bagi lelaki. Perkara yang paling penting kepada lelaki adalah perasaan seperti beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik. Dengan memberitahu lelaki apa yang perlu dilakukan mungkin akan mewujudkan jurang dalam perhubungan anda berdua.
Daripada memberitahu lelaki apa yang perlu dilakukan, adalah lebih baik anda bertanyakan pendapat mereka. Lelaki akan lebih memberikan kerjasama sekiranya anda berjaya membuatkan mereka berasa hebat. Daripada menyatakan “Abang harus lakukan begini” adalah lebih baik anda menyatakan “Apa pendapat abang jika lakukan dengan cara ini”. Ia membolehkan beliau untuk berkongsi pendapat dan secara tidak langsung anda juga boleh menyuarakan pandangan. Ini merupakan helah mudah untuk mengawal emosi lelaki.
Tidak memberikan mereka ruang- Pada kebiasaannya lelaki yang sedang berada didalam masalah lebih selesa untuk menyendiri. Ini bukan bermakna mereka tidak mahu berkongsi masalah dengan anda, tetapi mereka cuma perlukan masa untuk menstabilkan diri sendiri terlebih dahulu.
Perkara yang wanita boleh lakukan adalah dengan memberikan sepenuh kepercayaan kepada beliau untuk menyelesaikan masalah itu. Cuba elakkan daripada menambahkantekanan terhadap mereka.
Leteran- Leteran yang bersesuaian dengan situasi agak mudah untuk diterima. Tetapi jangan anda meleteri mereka sehingga boleh menimbulkan kerunsingan didalam fikiran. Anda selalu menyatakan bahawa mereka tidak dewasa, tidak berwibawa, tidak boleh mengendalikan perkara-perkara dengan sendiri dan sebagainya. Mereka sahaja yang menjadi masalah dari pandangan anda.
Sebaiknya, anda tidak perlu untuk meleteri mereka mengenai suatu isu berulang-ulang kali. Biarkan mereka mengendalikan isu-isu itu sendiri, dan apabila mereka tidak melakukannya, biarkan mereka untuk menanggung akibatnya. Apabila mereka memerlukan bantuan anda, pasti mereka akan bertanya.
Bertanya soalan “bolehkah awak…?”- Apabila anda memerlukan pertolongan daripada seseorang lelaki, tidak perlu untuk memulakan dengan soalan “bolehkah awak mengangkat kerusi ini?”. Ini adalah kerana dari segi psikologi seorang lelaki akan membuat tafsiran bahawa anda berasa ragu terhadap kemampuan mereka. Lelaki amat tidak suka sekiranya kemampuan mereka diragui.
Adalah lebih baik untuk anda menyatakan “tolong angkat kerusi ini”. Ini adalah lebih selamat untuk menjaga perasaan lelaki. Sekiranya mereka tidak mampu untuk melakukan sesuatu, biarkan mereka sendiri yang menyatakannya.




6 cara untuk mengatasi ego lelaki



Untuk mengawal atau mengatasi ego seorang lelaki adalah suatu perkara yang agak sukar. Tetapi ianya tidak mustahil kerana lelaki juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Berkemungkinan anda perlu menukar cara pendekatan atau penyampaian untuk mengatasi ego mereka. Ianya memerlukan sedikit kesabaran dan masa untuk anda berjaya mengatasinya. Terpulang kepada kreativiti anda sendiri untuk menggunakan pendekatan yang dirasakan sesuai.
Dengar apa yang mereka katakan- Seorang lelaki amat gemar apabila wanita mahu mendengar apa kata mereka. Ini berkemungkinan kerana kenalurian sebagai pemimpin yang sebati dengan jiwa. Tetapi lelaki juga manusia biasa, apa yang mereka katakan tidak semestinya seratus peratus tepat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara yang lembut. Ini adalah kerana sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah semestinya seorang lelaki itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.
Buatkan mereka berasa bijak- Seorang lelaki amat mementingkan kehormatan mereka. Sekiranya anda merasakan pendapat yang mereka berikan tidak masuk akal sekalipun, jangan memberi kenyataan sehingga mereka menganggap anda memikirkan mereka tidak bijak! Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana mereka akan cuba untuk mempertahankan walaupun mereka sebenarnya sedar mereka salah.
Buatkan mereka merasakan sebagai SUPER HERO- Tidak dapat dinafikan setiap lelaki di dunia amat mengharapkan untuk menjadi hero kepada seseorang wanita. Buatkan mereka merasakan mereka adalah penyelamat anda. Sekiranya anda mempunyai masalah dan tahu bahawa pasangan anda mungkin tidak dapat membantu, jangan sesekali cuba untuk menyembunyikannya. Tanyakan pendapat mereka walaupun peratus mereka untuk membantu adalah amat sedikit.
Pujian- Hanya dengan pujian yang sederhana sahaja mampu untuk mengurangkan keegoan seorang lelaki. Bukan wanita sahaja yang gemarkan pujian, tetapi lelaki juga sama. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu untuk anda, berilah mereka sedikit pujian. Ini akan membuatkan mereka merasakan anda betul-betul menghormati mereka. Apabila anda telah menunjukkan rasa hormat, tidak mutahil untuk mereka juga menghormati diri anda.
Pastikan anda berada dalam keadaan yang cantik- Tahukah anda bahawa keegoan lelaki akan menurun sekiranya melihat sesuatu yang cantik? Untuk panduan wanita, sekiranya anda sedang dalam perselisihan faham dengan pasangan anda, pastikan pada waktu perbincangan itu anda berada didalam keadaan yang cantik. Ini kerana dari segi psikologi, sekiranya anda berada di dalam keadaan yang tidak terurus atau sebagainya, ia akan menaikkan lagi kemarahan pasangan anda. Berhiaslah secantik-cantiknya untuk tatapan suami anda.
Buatkan mereka merasakan merekan betul- Sememangnya agak sukar untuk mengurangkan ego seseorang lelaki. Anda perlu bijak untuk membuatkan mereka merasakan mereka betul walaupun sebenarnya mereka salah. Gunakan kreativiti anda tersendiri untuk melakukannya. Cuba elakkan daripada memberi bantahan secara terus kerana ia pasti secara terang menunjukkan mereka salah. Cuba berikan penjelasan secara kiasan supaya mereka tidak sedar anda membantah apa yang mereka nyatakan. Biarkan mereka sendiri yang memikirkannya.




10 ciri lelaki yang baik


(1) Seorang lelaki yang baik akan cuba berusaha untuk membantu anda dalam keadaaan apa sekalipun, walaupun sebenarnya mereka tidak mampu untuk membantu anda. Mereka akan berusaha untuk menenangkan anda, membuatkan anda berasa selamat atau sebagainya tidak kira dimana anda berada pada ketika itu. Lelaki yang baik juga tidak mementingkan diri sendiri.
(2) Mereka tidak kisah untuk menasihati dan juga menyatakan pandangan mereka mengenai diri anda. Segala kebaikan atau keburukan akan dibincangkan. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga akan mengakui kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka, cuba menyelesaikan masalah itu dan juga berusaha tidak akan mengulanginya. Ini dapat mewujudkan situasi dimana pasangan bebas untuk menyuarakan pandangan atau pendapat masing-masing.
(3) Mereka akan tetap menghormati anda walaupun pada situasi itu anda berdua sedang mengalami percanggahan pendapat atau perselisihan faham. Lelaki yang baik juga tidak akan sesekali merendahkan martabat anda sebagai wanita dalam apa keadaan sekalipun.
(4) Seorang lelaki yang baik tahu bagaimana untuk melakarkan senyuman pada wajah anda apabila berada dalam keadaan sedih, risau dan sebagainya.
(5) Mereka tidak sombong dan juga merendah diri. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga tidak akan sesekali memandang rendah pada kemampuan diri anda. Mereka akan memberi sokongan terhadap apa sahaja yang anda lakukan dan yakin bahawa anda juga boleh berjaya.
(6) Lelaki yang baik akan berusaha untuk memperbetulkan kesilapan anda dan tidak akan sesekali mengubah siapa diri anda yang sebenar. Mereka akan menerima anda seadanya.
(7) Mereka tahu untuk menilai betapa berharganya diri anda dan tahu untuk memberikann sejauh manakah layanan yang terbaik yang perlu anda terima. Ia adalah seorang ciri lelaki yang baik.
(8) Lelaki yang baik tahu apakah kekurangan diri mereka yang memerlukan penambahbaikan dan komited untuk melakukannya.
(9) Seorang lelaki yang baik juga amat peka terhadap maklumbalas anda, apa yang anda katakan dan juga apa yang anda rasa.
(10) Mereka tidak akan sesekali melupakan diri anda walaupun telah berjaya. Segala sokongan dan motivasi yang pernah anda berikan amat mereka hargai. Ini adalah ciri seorang lelaki yang baik.