»

Thursday, March 31, 2011

20 perkara yang akan membuatkan wanita benci lelaki


 MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN  KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, malah jika pasangan ramai teman lelaki walaupun hanya sekadar teman biasa, mereka akan cemburu buta dan pasangan akan dikawal ketat, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, bila mereka yang ramai teman wanita biasa tidak jadi masalah bagi mereka dan sekiranya aktiviti-aktiviti mereka pula yang disoal siasat oleh kekasih mereka, mereka akan melenting pula… Macammana tu??


5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. 
Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena  pada tempatnya.


6. MENIPU 
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. 
Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku single! Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.


7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. 
Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. 
Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. 
Bukan  semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu…
 Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…


8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak  mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya.
 Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…Ego lah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? 
Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


10. CEMBURU BUTA 
Orang kata cemburu    tandanya sayang  , tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. 
Tapi, ada juga sesetengahnya  suka  apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. 
Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan…
 apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. 
Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…


13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas  baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain.
 Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? 
Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. 
Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. 
Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… 
membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


15. PENGOTOR 
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? 
Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. 
Buat apa terkejar-kejar?


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. 
Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. 
Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. 
Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya
Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. 
Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. 
Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! 
Jujurlah pada pasangan anda!!


20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot!
 Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. 
Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, 
tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

**Jika salah satu di atas ada pada diri si lelaki, maka berubahlah.. memang tiada manusia yg SEMPURNA.. tapi kita mampu menyempurnakannya..  Jika si lelaki ingin wanita yang terbaik di mata dia, mengapa tidak si wanita? wanita juga ingin pasangan mereka (si lelaki)  terbaik di mata mereka..


Perhatian: Segala ayat hanya copy paste sahaja.. :)






Tuesday, March 29, 2011

Segmen Cikgu Bertanya: Best Ke Couple?

Assalamualaikum..
da bape ary da update blog.. ttbe dapat tag pulak dari Si Daun Ceri.. 
Pape pun thanks kepada Si Daun Ceri coz suda berjaya buat Cik Aishah tros nak update blog...hehehe..
Ok larh..klau korg nak joint gak blh larh kot tgk step kat bawah nie ye.. 
=====
=====
=====
=====
=====
=====
=====
=====
=====
========
======
===
=


i. Buat satu entri bertajuk "segmen cikgu bertanya: best ke couple?"

ii. Letak header cikgu suraya yang cam dalam entri 
Cik Aishah ni... :)
pastu jawab soalan2 mudah dibawah ni:

1) Kamu couple ke tak?
yup3... sy ade couple cikgu.. :)

2) Kalau couple, ce citer sikit cam ne detik2 perkenalan... 
dan dah berapa lama couple? 
(pada yg single, citer sal org yg kamu suka )
Ermm...detik2 perkenalan? huhuhu..susah nak ce cte..panjng cte nye... pendekkan?? 
Ouh..hehehehe.. ok baiklah! 
sebenarnye kteorg knl sbb kteorg blaja satu
IPT kt POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA.. 
 (Ayah anta belaja jauh2 suh belajar rajin2 bukan suh bercinta..!) huhu
(tapi Mak kate sambil menyelam minum air) hihihihi..
Da bape lame? ermmm.. 
kteorg baru lagi dalam dunia percintaan ni..
baru 1 tahun 1 miggu & 6 hari.. :)

3) Best ke couple?
Best sgt cikgu! walaupun kteorg selalu gadoh.. tapi best taw...  sbb ade bab pujuk.. bab nagis.. bab marah.. bab kecewa... bab sakit hati.. bab frust menonggeng... 
ala mcm bab kita belajar kt dalam kelas tu cikgu...Hehehe!

4) Pernah gaduh besar?
Pernah cikgu..! mase tu mmg da nak putus kot.. 
ble sy kate nak jmpe dye buat kali terakhir dye kate.. 
"sy da mati esok.." sy pujuk nak jmpe gak.. dye tros kate.. "aku benci ko larh!!".. da larh sy dtg jauh2 dr selangor ke melaka semata-mata nk pujuk dye (sayang kot) ... tp ego dye mengalahkan motor, dye lgsng xnk jmpe :( esoknye sy da nk balik.. baru larh malam tu ttbe dye nak ajak makan..walaupun ajak dgn cara yg SANGAT kasar.. mase jmpe tu pun mke dye ketat + bengis gler larh.. tapi sebenarnye dye nak  bawak ke 1 tmpt yg banyak kenangan kteorg mule2 knl dulu.. ble sy da nagis2 baru larh dye minx maaf..dye kate dye syg sy sgt2, n dye sje ego smpai mcm tu sekali.. n sy pun janji xbuat lagi..mmg slah sy pun punce smua tu..
 malam tu dye romatik sgt taw cikgu..  :)  huhu

5) Ape harapan korang pada gf/ bf ataupun bakal bf /gf korang?
Harapan? dah tentu2 larh nak hubungan kteorg ni berpanjangan hingga ke jinjang pelamin n ke anak cucu cicit.. :) Amin.... 
 harap cepat2 larh si dye cari duit bnyk2 n masuk minang cpt2.. 
blh kawen mude...huhuhu (gatal)
nanti kalau sy ngan dye kawen sy jemput cikgu ye...
tempat VIP lagi untuk cikgu.. ngee~

6) Tag kawan2 korang (ikut la berapa orang pun)
Sy nak tag kat:

Last sekali

7) SILA TINGGALKAN LINK TU KAT KOMEN 
Cikgu Suraya ok? (^,^)
Meh larh join segmen cikgu suraya ni... 
bukan senang taw seorang cikgu nak tnye soalan2 mcm ni.. 
selalu dalam kelas asyk tanye soalan2 kt dalam buku je an.. 
jawab ye..klau slh ckgu xrotan pun... :) hope enjoy! 
Mmmmuuuaahhhhx!! 



Thursday, March 24, 2011

STRESS + TENSION !



Macam mane ni!! Macam2 masalah nk kne settle.. tension larh!! Nak fikir pasal short sem lagi,, isshh!! Dengan L.I nama trcicir la.. macam2.. da xpasal2 aku kne berurusan dengan lecturer kt unit latihan industri plak!.. pening ar… laporan yg tebal tu lagi nak kne siapkan.. nk jmpe P.A aku lagi..macam2 hal..! kt ofis plak bnyk keje.. buat proposal la ape la… kne berurusan ngan org tu larh..org ni larh.. serabut larh!!! 

Errr!!! Ngan masalah fon plak!! Elok larh fon aku rosak!!klau x, ade je gngguan dari CELCOME!! Ttbe je screen hitam je..on ke off, sme je.. elok cmpk kt lubang jamban pastu pam!!!!!! 
 
Huh!! Nak taw x aku ade masalah ape ngan clcome?? Ni tgh panas aty ni nk cte gak.. dah xtahan byk sgt problem! Ermm.. ary tu time sem 1 mase mule2 blaja kt poly merlimau…1st time larh sorg2 dari Melaka ke pudu(KL) nak balik sungai besar.. seumur hidup dr lepas kuar dr perut mak smpai mase tu la..bru pertama kali naik bus.. sorg2 plak… sje nk berdikari… xbgtaw pun mak ayh nak balik rmh time tu….
 Tgh jalan2 menuju ke platform lpas beli tiket..dengan ramai gler orang..ttbe ade dua org mamat tahan.. dah larh kne tahan..kne tarik plak tu…aku ni da larh bawak barang byk..berat plak..klau tlg bwk kn ke xpelarh jugak..ni x.. ttbe dye bg aku simcard.. aku nk bla ttbe tgn aku ditarik..perghh.. mntang2 aku sorg.. disebbkan aku blur + rungsing..aku pun ikut je larh.. ..Ttbe ade sorg apek tu bg simcard… n tros minx ic aku..smbil mulut dye bebel2 ckp.. “u pakai ini simcard free..xpayah bayar apa2.. klau u sudah pkai u blh patahkan ini sim.. dia xmacam maxis ade kontrak maa..” aku ni sengal2 lagi time tu.. lagi2 tgh sorg2 kan..aku pun plik je la..kebetulan aku pegang dompet nk ambk tiket aku time tu, bas nk dtg da kot.. ttbe dy tros ambk ic aku..n tros fotostet.. disbbkan aku rase bus aku nk ke sungai besar da smpai..aku layan je la ape yg deorg bebel…yg penting aku dpt lpas… pastu dorg tros lepaskan aku...........






Aku blur..smpai dlm bus aku tgk sim tu..aku mmg xtaw simcard tu untk ape,, tertnye2 dlm aty “xrugi ke celcome bg sim free kt ramai2 org?” lepas tu dye suh patahkan plak simcard tu klau da gune..dye ckp xpyh bayar plak tu…eeiii..xphm.. aku pun smpan je larh sim tu..
Aku pun mmg tgh pakai line maxis da lame da.. tp limit smpai RM100 je.., ttbe 1 ary tu..kire da beberapa bulan da (sem 2).. krdt  aku xde.. ade urgent plak.. da larh time tu kt kamsis..sorg2 je.. smua xde, balik kmpng.. aku pun pkai la simcard CELCOME yg aku pnh dpt time sem1 tu.. pkai2 buat call.. ble teringat kata2 manis mamat yg bg sim tu aku rase mcm nk pkai tros..yela bnde free an..mase tu plak time tgh jatuh cinta.. buat gayut larh an.. huhuhu 

Tiba-tiba…pada suatu hari celcome bg mesej suh byar.. nk taw bpe? RM514.50… aku ke yg pakai??? Byknye……. aku wat call buah aty aku sorg je.. tu pun dye pkai celcome gak..xde larh gayut dr pagi smpai malam.. dr mlm smpai mlm tu gak aku abskan gayut.. tapi knpe bayak sgt?? Aku pun terfikir…org tu kata..lepas pkai patahkan je..aku pun rase xnk bayar larh..da dye suh patahkan.. Tapi aku ni jenis xsmpai hati…aku pun bayar larh cash sebanyak RM514.50 tu… pastu aku minx tolong pkcik aku off kan line aku..kire potong tros ar..aku da xmo pkai.. klau aku xpkai tp xpotong pun tetap kne byr RM50 sebln..mcm C***!! Larh an.. 

Lepastu orang celcome tu blh xnk potong…dye xbg aku potong..boleh dye kate nk jmpe aku…?? Da larh org2 dye tipu aku pasal sim tu… untung aku xsaman taw!! Pastu da berbulan2 tu…ttebe aku cbe on balik sim tu..hehehe…aku buat sim dlm broadband..sebelum tu aku aktifkan dulu..aku buat internet yg seary RM6 tu..tp aku buat semggu RM20..niat nk byar RM20 je larh..tapi aku pkai sim tu seminggu je..setakat RM20 aku blh bayar larh…ttbe……..perghh!! aku dpt msg dr celcome..aku da gune RM541.50!!! ape ni??? 
Aku baru pakai semggu. .tu pun aku aktifkan pkai broadband punye pakej.. asal plak kne bayar smpai mcm tu?? Blh plak angka tu terbalik..dari RM514 jadi RM541!! Gler btol!!! 

 Aku nk bayar ke?? Huh!! Jangan harap!! Sebelum ni blh larh sbb aku yg pkai buat gayut..tapi kali ni aku buat gayut pun x! celcome sgt melampau!!!! Klau aku cam muke mamat yg bg sim tu..aku nk heret dye bawak balik rmh..nk suh dye jawab soalan mak ayah…huh!! Aku yg kne jawab taw!!!! Sekarang ni aku dah dapat surat mahkamah suh bayar gak..dye dah bg tempoh lama.. Xabs2 celcome call aku je… kadang2 aku xnk jawab taw..padan muke..!! huh! 

Ermmmm…Akak celcome!! Sy da bgtaw..sy xde duit lagi…sy masih belajar..skrg tgh pratical… sy pratical pun xdpt elaun taw..mcm mne sy nk bayar??? Sy kt ofis asyk buat surat peringatan akhir dgn surat saman trun naik mahkamah je kt peminjam MARA, suh bayar n jelaskan pinjaman deorg..last2 sy yg dapat surat peringatan dr celcome?? Wuuaaa!!! Sgt kecewa!! Tolong larh paham sy!!! Klau dpt undurkan masa..sy nak pgi balik kt pudu tu..sy nk lempang kuat2 kt mamat2 yg tarik tgn sy ble sy kata xnk simcard tu!!! Deorang punca!!!! Arrgggghhhh!!!! (sory, xdpt kawal emosi) 
  Sekarang ni aku mmg ade masalah kewangan..sem depan mcm mne nk smbng blaja?? Duit xde???
Errmmm…tu larh…dulu time sng….time byk duit xingat dunia… masuk MLM larh..melabur mcm2..last2… habuk pun xde….!!! PADAN MUKE AKU!! Menyesal!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku nk benti belajar boleh x?? aku dah xde duit… tapi smua marah ble aku kate nk benti…… korang xfaham… ape nak buat lagi ni??????


Wednesday, March 23, 2011

Saya sangat sibuk..

Assalamualikum..
hye..lme kn rasenye da xupdate blog.. sememangnye sy sangat sibuk.. teringin je nk joint contest2 yg ade..tp apekan daya..masa xmengizinkan..
hurm.. xpela...nnti klau ade mse sy joint contest yg awak-awak suh joint tu ok!! :) 
ok larh... jam telah menunjukan tepat pukul5 petang.. dan telah berbunyi dengan kuat sekali..
itu mkneye time untuk balik ke rumah.. sambung lain kali ye...



Wednesday, March 16, 2011

Happy 1st Anniversary!

Assalamualaikum...
ermmm... lame xupdate blog an.. macam2 cter ade aku nak story ni.. tapi apakan daya, masa xmengizinkan.. sekarang ni mmg tgh busy teramat2 larh an...ni pun curik2 je on9.. dengan  lecturer nak datang lagi minggu ni... tapi alhamdullilah buku laporan harian dah siap, setelah 3 bulan xupdate..hehe..

ok larh... sebenarnye nak bagitaw, kteorg da berbaik... nak taw macam mane?? nanti klau ade mase larh ye kte ce cte... hari ni 16 March.. ulangtahun hubungan AKU & DIA...

walaupun sebelum ni kteorg gaduh gler2 punye tapi alhmdulillah...kteorg da berbaik... dye terlalu marah sgt sbb ade yg ckp bukan2 yg terok pasal aku...
patut larh pun dye fikir bukan2...
cian dye xpasal2 asyk kne makan penampo free je..hihihi

 tapi dye da minx maaf.. sbb terlalu ikutkan ego n marah dye tu..
 tu larh org ckp... gaduh2 ni blh mengeratkan lagi hubungan n buat kte lebih dekat n kenal dengan pasangan kite.. ade sestengah tu xpnh langsung bergaduh.. kononnye serasi larh kan..
tapi sebenarnye dye belom mengenali antara 1 sama lain.. n belom taw perangai sebenar masing2..
ayat "saya lebih kenal sayang saya" tu mmg larh kan..
semua org knal (ehem)  masing2 kan..
tapi saya pun blh kata yang  "saya pun lebih kenal sayang awak".. 





kat sini bukan larh nak kata kt orang lain and bukan juga untuk diri sendiri..
takde kena mengena dengan spe2 pun…
just luahkan perasaan tentang DUNIA sekarang ni…


 ok larh..lepas tu kteorg pun romantik balik mcm sebelum2 ni..
 

lepas da taw smua yg dye xske.. kne larh berjanji yg lpas ni
xmau buat lagi... hehehe.. xmau3...!!

Disebabkan masa da suntuk.. xsempat nak cte dengan lebih lanjut.. juz nk tunjuk something...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tada!!!

eh, bkn ni...ni lukisan je... tgk bawah ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






cute x?? design sendiri taw... huhu
dari sungai besar teros ke merlimau taw cupcake butter ni di import...
hahaha!! semua ni atas bantuan mak, ayah, makcik, pakcik, sedare mara dan kawan-kawan semua..
thanks banyak2 mereka yg banyak membantu...
mmmmuuaahhx!! syg semua!!